there's nothing i know that u dont know...

Friday 4 May 2012

To: Anonymous...No: infinite, Lorong Relung Masa, 00000,??????






kirimkan aku alamat lengkap ke relung masa
lengkap dengan nota dimana dan bila pintunya dibuka

kalau hampir pasti malam ini juga aku berlari ke situ
kalau jauh tentu akan aku tempah tiket terawal pagi esok
setiba di sana akan aku bayar berapa pun harga tiketnya

aku mahu masuk.
masuk ke lorong waktu...destinasi januari 1988

mahu kembali ke zaman nyawa dalam nyawa
mahu kembali menjadi bayi
hidup di alam fetus.





No comments:

Post a Comment