there's nothing i know that u dont know...

Wednesday 13 May 2015

Assalamualaikum dan salamku kepada hari-hari lepas. Hampir dua tahun tulisan terakhir diam disini. Maafkan dia kerana tidak bicara juga tidak  bertanya khabar dan jarang juga menjengah. Khabar baru biasa-biasa saja.

Hujan masih turun seperti selalu cuma beburung tidak lagi berkirim khabar lewat petang. Angin masih seperti selalu cuma disini pelanginya makin menyinar. Ada khabar gembira dihujungnya.


1800 pm
13 Mei 2015
Tanjung Rhu. 

Monday 7 January 2013

Maybe you don't have a shoes .





Sepatu aku sarungkan berpaku satu . Sepanjang perjalanan langkahku bersimbah darah dan bermandi keringat . Perih . Destinasi aku masih juga kabur dan nun . Kumal , busuk dan selalu rebah-rebah ke tanah . Tiada mata-mata kasih menjeling dan menawar tangan atau tegukan air penghilang dahaga .  Calar-balar dengan merangkak dan mengengsot . Tetapi , aku masih terus dan tetap berjalan walau lambat-lambat dan ketinggalan , kerana tanganku dipimpin Ghaib dan Si Polan . Hanyir darahku tidak meloyakan dan mematikan jiwa-jiwa dan nafas mereka .


1215pm . 7 Januari 2013 .
Because I dont have tears and smile to say Thank You .




Sunday 30 December 2012

Subuh itu hilang suara
Subuh itu tiada bilal . Sunyi .
Azan tiada . Bilal leka ketiduran .
Aku, masih diselimut kulit haram itu .
Terus hanyut dan setan meneman .
Aku terlena sampai tegak matahari .



13 December 2012  1027 am 
Equine Park, Seri kembangan

Tuesday 25 December 2012




Kawan, yang di bawah lori kecil . Kenapa kau menung? Kau hilang suara galak menyalak semalam? Atau, kau sebening aku? Aku heran, hidup kau sesepi apa binatang terbuang . Kau lihat aku, aku punya akal sesempurna anugerah . Tetapi mengapa aku melihat kita tiada apa yang beda . Fizik sahaja bukan . Kawan . Kalau kau bisa berkata-kata dan faham bahasa manusia , sungguh , aku mahu ajak bercerita dan bersenda . Kita masing-masing menilai dan mencongak kehebatan .Sambil kita minum-minum, di warung hadapan sana .


13 december 2012 . Equine Park

Monday 10 December 2012





Aku melihat dia kembali semula ke rahim ibunya . 
Atau mungkin dia kembali ke tadika atau tersinggah di mana-mana .
Malas aku meneka .


9 december 2012






Monday 3 December 2012

Sunday 11 November 2012

temali takdir dari langit



Takdir ini sepertinya tali temali yang menyambung setiap kita ke langit.
 Setiap hujung itu kita dan hujung satu lagi terkambus di kawanan awan. 
Mungkin hujung itu dipegang para malaikat setia.
Dari situ takdir ditulis dan dikirim lewat temali.

Aku melihat jutaan tali temali terlayang-layang menebar angin.Berbagai warna. Ada yang tersimpul satu, dua, tiga atau lebih.
 Mereka barangkali sudah berjanji berkongsi takdir.

Pernah juga suatu saat tali takdir kita tersimpul bersama. 
Sebelum kita sendiri yang perih menguntainya, dan aku lihat kau begitu nekad.
 Sampai berkeringat. Sedang jika kau mengerti dan menoleh sedikit, keringatmu itu gugusan air mataku.
pagi tadi aku dongak ke langit lihat tali takdirku diam bersendiri. 
Dan aku kira dia tidak berani menyimpul dan berkongsi lagi.



( takdir kita dipegang kita,berkongsi mungkin ya.
 tapi jika takdir itu duka, yang bakal melawat dan memeluk bahu mententeramkan 
mungkin cuma sekuman atau langsung tiada.
 yang lain cuma memandang tidak ada yang berani mendekat.)