there's nothing i know that u dont know...

Friday 28 September 2012

sebatang rokok murah dan air suam

Terkadang aku terasa mahu rokok sebatang, cuma rokok murah. Menyandar perlahan pada sebuah kerusi besi sejuk selepas hujan. Mahu segelas cuma air suam, diam menghembus tenang asap putih kepuasan. Padahal ku buang semua kekusutan pada malangnya nasib yang Tuhan tuliskan. Mahu aku pejam serapat mata, mencari dalam malangnya ada tulisan bahagia yang aku kira itu bukan malang lagi. Tetapi sesuatu yang Engkau kurnia. Aku nyalakan lagi sebatang, rokok murah tadi yang cuma khayalan.